Husam yakin, guru pondok tidak akan terpedaya dengan bantuan RM80 Najib

KOTA BHARU: Guru-guru pondok dan sekolah agama rakyat tidak akan tertipu dengan helah Perdana Menteri, Najib Razak yang memberikan sumbangan RM80 juta untuk mendapat sokongan politik, dakwa Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, pusat pengajian agama seperti itu sepatutnya mendapat peruntukan lebih besar dari kerajaan jika tiada pembaziran wang negara.

Ir Zakaria Awang dari Kubur Kuda Kota Bharu turut menyerahkan borang menyertai AMANAH di majlis itu

“Mereka sudah faham itu hak mereka dan tentu semua masih ingat pesanan almarhum Tok Guru Nik Aziz, beri gula kacau, beri kain pakai tapi jangan undi BN bila tiba pilihan raya

“Dalam skandal tersalah bayar kepada IPIC melalui anak syarikatnya Aabar saja 1MDB kehilangan wang berjumlah US1 bilion.

“Kalau ditukar kepada ringgit nilai ini sekarang RM4.3 bilion.

“Kalau gunakan wang ini saja sekolah agama yang terima wang itu semalam akan dapat 58 kali ganda daripada jumlah yang diberi semalam,” kata Adun Salor itu pada Program Dialog AMANAH di Jalan Yaakubiah Kota Bharu malam tadi.

Selasa lalu Najib menyerahkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz.

Perdana Menteri berkata peruntukan di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah sepertimana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Daripada jumlah itu kata Najib , sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara.

Menurut Husam, seluruh rakyat perlu sepakat untuk menggantikan kerajaan BN dalam pilihan raya ini dengan memilih Pakatan Harapan.

“Semasa saya di tingkatan enam kita berbangga dengan Malaysia ketika itu dari segi ekonomi kerana kita terkedepan berbanding rakan-rakan lain di Asia kerana ekonomi kita jauh lebih baik.

“Negara seperti Korea, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia kita pandang lekeh kerana dianggap ketinggalan.

“Namun sekarang kita pula jauh ketinggalan sedangkan negara.negara lain bergerak maju meninggalkan kita,” katanya,

Apa yang diketahui seluruh dunia sekarang katanya, wujud satu kegiatan menggelapkan wang negara melalui satu operasi sebuah syarikat bernama 1MDB.

“Jika tiada kegiatan seperti ini negara kita yang kaya dengan pelbagai sumber tidak akan susah seperti sekarang,” katanya.

Pada majlis itu, Husam juga menerima permohonan dua cawangan baru AMANAH di Taman Maju dan Jalan Yaakubiah.

Seorang jurutera, Ir Zakaria Awang dari Kubur Kuda Kota Bharu turut menyerahkan borang menyertai Amanah di majlis itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *