Jentara PRU14 AMANAH Perak sudah siap siaga untuk ‘bertempur’

SEDIA BERTUGAS… Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak telah melancarkan jentera pilihan raya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang. Jentera dan pimpinan di semua peringkat termasuklah pemuda dan wanita telah berhimpun di Wisma Chin Woo Ahad, 23 April, bagi mendengar amanat daripada pimpinan sebagai persiapan parti di peringkat dalaman. Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa telah dijemput membentangkan kertas kerja berkaitan gerak kerja, strategi dan pendekatan yang sesuai dalam menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya kelak. Majlis ditutup dengan amanat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada sebelah petangnya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *