Petugas AMANAH Kubang Kerian bantu ibu tunggal mangsa kebakaran di Demit

KUBANG KERIAN: Kebakaran besar berlaku di Kg Pulau dalam Dun Demit pagi 6 April 2017 mengakibatkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu menyebabkan seorang ibu tunggal, Hasnah Hassan, yang tinggal tiga beranak kehilangan segala-galanya kerana tiada sesiapa ada di rumah ketika kejadian.

Seorang ibu tunggal, Hasnah Hassan, yang tinggal tiga beranak kehilangan segala-galanya kerana tiada sesiapa ada di rumah ketika kejadian.

“Cucu saya ke sekolah, emaknya (anak Hasnah) pergi kerja,” katanya kepada Ketua AMANAH Kubang Kerian, Fauzi Muhammad yang berziarah bersama petugas-petugas AMANAH yang turut membantu.

Fauzi yang hadir bersama Pengerusi AMANAH Dun Demit, Datuk Profesor Abdul Halim Yusof berterima kasih kepada petugas AMANAH di cawangan-cawangan berhampiran yang turut membantu.

“Syukurlah tiada kemalangan jiwa dan kejadian berlaku waktu siang membolehkan jiran-jiran dan mereka yang lalu lalang dapat mengawal keadaan.

“Alhamdulillah pihak bomba dapat mengawal api dari berjangkit ke bangunan lain kerana kawasan ini adalah kawasan perumahan padat,” katanya yang juga bekas pegawai bomba.

Berhampiran tempat kejadian katanya, terdapat tiga cawangan AMANAH dan ahli-ahli dari cawangan-cawangan turut membantu.

“Pemimpin dan ahli-ahli cawangan kita ramai yang datang dan insya Allah kita akan menolong usaha baikpulih rumah ini nanti,” katanya.

Bagi pihak AMANAH, Abdul Halim menyampaikan sedikat bantuan wang tunai, makanan dan peralatan lain.

Menurut Fauzi, beliau akan berbincang dengan pihak AMANAH kawasan tentang kaedah membantu keluarga malang itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *