Garis panduan kontroversi akan dibuang, kata Exco Kerajaan Selangor

SHAH ALAM: Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, kesilapan dan peruntukan kontroversi dalam Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor edisi ke-3 berhubung peraturan membina rumah ibadat bukan Islam yang baharu akan dibuang.

“Saya akan minta peruntukan kontroversi itu dipadamkan selepas melakukan pengesahan,” katanya dipetik Sin Chew Daily hari ini.

Teng berkata, beliau pada awalnya meminta pegawai melakukan pindaan, sebaik sahaja menyedari wujud banyak kesilapan dan peraturan kontroversi sebelum edisi ke-3 itu diterbitkan pada 1 Januari lalu, tetapi pegawai terbabit tidak berbuat demikian menyebabkan masalah timbul.

Beliau berkata, garis panduan edisi ke-3 itu adalah semakan kepada versi lama, bertujuan menjadikan peruntukan tidak jelas, lebih jelas dan hanya terpakai kepada rumah ibadat bukan Islam yang baharu.

“Sesetengah garis panduan sudah dilaksanakan sebelum ini dan semua organisasi bukan Islam sepatutnya jelas dengan isi kandungannya.

“Jadi hanya perlu ubah suai peraturan baru kontroversi itu, maka masalah akan selesai. Saya akan berjumpa kumpulan bukan Islam itu setiap bulan, jika mereka ada sebarang masalah, boleh beritahu saya,” katanya.

Teng berkata, antara peruntukan bermasalah itu termasuk rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam kawasan komersial atau dalam jarak 50m dari rumah umat Islam.

Tambahan, pembinaan rumah ibadat bukan Islam dalam kawasan kediaman penduduk berbilang kaum perlu mendapat persetujuan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 200m, selain rumah ibadat itu tidak boleh tinggi daripada masjid berdekatan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *