Speaker tangguh, ikut arahan menggunakan kuasa juga boleh jadi ‘Bloody Fool’ – Salahuddin Ayub

Kita mahu Speaker Parlimen kita seorang reformis yang mampu merubah struktur institusi Parlimen kita sebagaimana kita belajar proses Parlimen di negara-negara Commonwealth yang mencapai kecermerlangannya.

2. Cara Speaker membuat keputusan terhadap pembentangan usul YB Marang semalam adalah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau dan intitusi Parlimen itu sendiri. Di mana lagi tempat yang terbaik dan mulia untuk sesuatu Usul atau RUU itu dibahaskan?

3. Tidak mengira samada isu seekor haiwan yang perlu dilindungi atau isu urusan agama yang dimuliakan semestinya semua pihak diberikan ruang yang saksama untuk membahasnya. Sikap adil dan bijaksana seorang Speaker yang terhormat amat perlu untuk mengendalikanya di dalam dewan yang mulia.

4. Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik untuk mencapai agenda pihak berkuasa. Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa.

5. Isu RUU 355 ini terbukti sebuah sandiwara yang telah disempurnakan skripnya. Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita.

6. Maaf Tuan Speaker, sekiranya kita hanya mengikut arahan untuk menggunakan kuasa, ianya juga boleh dianggap “bloody fool”.

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
7 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *