Rogol adalah jenayah. Pendirian Ahli Parlimen Umno memalukan – Lini Obliza

Kenyataan Ahli Parlimen Umno BN, Datuk Shahbudin Yahya berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka dilihat seakan merendahkan martabat seorang wanita di negara ini.

Ini merupakan satu lagi lontaran idea yang kurang bijak daripada seorang yang bertaraf Ahli Parlimen.

Ini secara tidak langsung seakan-akan menggalakkan jenayah rogol berlaku. Bukankah ini akan merendahkan martabat kaum wanita kerana memaksanya berkahwin dengan orang yang telah menghancurkan masa depannya?

Bukankah si perogol adalah penjenayah, mengapa perlu mangsa berkahwin dengan penjenayah yang telah meroskakkan masa depannya. Sebaliknya, mangsa patut dilindungi daripada penjenayah.

Penjenayah kes-kes berat seperti rogol seharusnya diambil tindakan tegas dengan hukuman yang berat.Mangsa jenayah ini sudah tentu akan mengalami trauma sepanjang hidup mereka.

Apa yang perlu ditekankan oleh kerajaan ialah dengan memberikan pendidikan seks awal di sekolah bersama dengan nilai agama seperti akhlak dan adab pergaulan dengan berlainan jantina.

Jingga13 Malaysia ingin tegaskan bahawa perbuatan rogol ialah jenayah, ia jenayah yang tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Adakah anda sokong tindakan ganas (rogol) itu dengan membenarkan perkahwinan itu berlangsung?

Jenayah seperti ini pernah terjadi pada 2013, di mana seorang lelaki yang merogol kanak-kanak 12 tahun mengahwini mangsanya untuk mengelak hukuman penjara, dan perkara ini membangkitkan kemarahan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, tahun berikutnya mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bapa empat anak itu.

Jika kes seumpama ini tidak kena pada batang hidung sendiri, selagi itu ianya dipandang sepi dan tidak dipedulikan.

Muafakat Prihatin Berani

LINY OBLIZA
Koordinator Jinggawanis
Jingga13 Malaysia
5 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *