Nanti tanya kepada wanita Tasek Gelogor menjelang PRU14 nanti – Syarifah Norhayati Syed Omar

Wanita KEADILAN membidas kenyataan Ahli Parlimen Umno, Datuk Shabudin Yahaya berhubung isu perogol mengahwini mangsa mereka ketika perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Saya begitu terkejut dan kecewa dengan kenyataan seorang bekas Hakim Mahkamah Syariah bahawa tidak salah untuk gadis berkahwin dengan perogolnya dan mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya mangsa tidak melalui masa depan yang gelap.

Definisi ‘rogol’ sepatutnya perlu diubah dan diperhalusi memandangkan membawa maksud yang meluas.

Ini berdasarkan konsep rogol statutori, umur akil baligh dan segala fakta kes mestilah kena jelas dan nyata baru boleh dibezakan hukuman mendidik atau pemulihan.

Namun begitu sekiranya kes rogol ini benar-benar terjadi (wujudnya paksaan dalam melakukan hubungan seks antara lelaki dan wanita), maka saya bersetuju orang yang melakukan ‘rogol’ itu wajib di dakwa.

Apalah sangat hukuman penjara berbanding kesengsaraan dan kesan masa depan kepada mangsa, apatah lagi jika mangsa adalah kanak-kanak.

Apakah yang kerajaan akan lakukan sekarang bagi mengurangkan kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja Malaysia pada hari ini?

Kerajaan juga perlu mengubah beberapa undang-undang lagi supaya perlakuan yang membimbangkan ini dapat ditegah.Perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar dan amalan yang murni berdasarkan syariat dan kasih sayang.

Saya turut mencadangkan supaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor simpan isu ini sehingga PRU14 nanti dan kemudian beliau perlu tanya kepada semua pengundi di kawasannya. Adakah mereka mahu seorang wakil rakyat yang gagal membela nasib wanita?

Sharifah Norhayati Syed Omar
Ketua Penerangan Wanita KEADILAN
Parti Keadilan Rakyat
5 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *