SPA terima 1.56 juta permohonan untuk 25,000 jawatan kerajaan tahun lepas

DEWAN RAKYAT: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1.56 juta permohonan pada tahun lepas bagi mengisi 25,046 kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata bagi memastikan hanya calon yang berkualiti terpilih, setiap permohonan yang diterima akan melalui proses tapisan yang ketat, lapor Bernama.

“SPA menerima banyak permohonan setiap tahun daripada calon yang ingin berkhidmat dengan kerajaan namun peluang pekerjaan tetap yang wujud setiap tahun adalah begitu terhad.

“Pada 2015, SPA terima sebanyak 1.63 juta permohonan namun kekosongan tetap di SPA cuma 24,606 sahaja,” katanya pada sesi bertanya kepada menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata jumlah permohonan yang tinggi setiap tahun itu memudahkan SPA membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *