Umno tak jadi ketua di Pulau Pinang, mengapa sibuk nak laga-lagakan Pakatan Harapan

Lucu juga baca kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Ismail Sabri Yaacob dalam media cetak hari ini, yang menyarankan Lim Kit Siang, Ketua Ahli Parlimen DAP sepatutnya menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, kerana DAP memiliki Ahli Parlimen terbanyak berbanding parti-parti pembangkang lain.

Sepatutnya beliau selaku Ahli MT Umno memperjuangkan Datuk Jahara Hamid, Ketua Pembangkang Pulau Pinang sebagai Pengerusi BN, Pulau Pinang, memandangkan Umno menguasai kerusi terbanyak parti-parti pembangkang dalam Dun Pulau Pinang, berbanding Teng Chang Yeow, dari Gerakan mengetuai BN Pulau Pinang.

Tambahan pula, Gerakan kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang dalam PRU13.

Lebih menarik selepas PRU 1999 dan PRU 2004, Umno yang mempunyai Adun paling ramai di Penang telah menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Adun Gerakan.

Pembaca Amanahdaily
Balik Pulau, Pulau Pinang
3 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *