Bukan berbeza aqidah, sehingga harus hukum menghukum dan putus saliturrahim

Perbezaan pandangan kita lebih banyak berkisar tentang pendekatan politik dan strategi pelaksanaan sahaja. Bukannya kita berbeza aqidah atau ideologi perjuangan. Dasar parti kita adalah Islam. Justeru, perbezaan pandangan politik tidaklah wajar membawa kepada hukum menghukum, apatah lagi memutuskan silaturrahim di antara sesama muslim.

Saya menasihatkan ahli AMANAH di semua peringkat agar sentiasa bersabar dalam menghadapi pelbagai tohmahan dan karenah pihak tertentu dalam menangani perbezaan pendapat dan pendekatan politik semasa.

Biarlah apa orang lain nak kata, namun kita tetap dengan pendekatan dan manhaj yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan perintah Allah seperti firmaNya dalam surah Al-Imran ayat 159.
Allah SWT berfirman:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِ ۚ فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” – (QS. Ali ‘Imran: Ayat 159)

Kita yakin dengan pendekatan kita ini serta sentiasa bersikap sabar Allah akan memberikan kemenanagan kepada Islam sebagai Rahmatan lilaalamiin.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum AMANAH
2 April 2017
5 Rejab 1438H

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *