Budak bodoh Umno yang suka menipu dan perbodohkan akal rakyat – Khairuddin Abu Hassan

Apa budak hingusan ini tahu tentang perpaduan tulen di dalam Pakatan Harapan? Budak Khairul Azwan Harun ini hanya pandai buat laporan palsu saja. Itu saja tahap mentalitinya.

Dia ini bukan ada otak. Orang macam Khairul Azwan Harun inilah yang merosakkan parti Umno serta faktor penentu BN tumbang.

Biarkan saja budak Khairul Azwan bangang ini nak cakap apa pun. Lagi banyak dia bercakap lagi ramai rakyat akan benci pada umno serta BN. Semua ungkapan kata-katanya bukan ada asas pun.

Dulu dia buat laporan palsu kononnya Tan Sri Zetty Akhtar ASziz, Tan Ari Abu Kassim dan Tan Sri Ghani Patail berkonspirasi untuk jatuhkan Perdana Menteri. Beliau membuat tuduhan melulu kononnya itu konspirasi tertinggi pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk menjatuhkan Najib Tun Razak!

Nasib budak ini baik kerana dia pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang umno; jadi ketua polis negara kata kononnya tiada asas pada laporan palsu beliau dan kes itu tak perlu disiasat. Budak bangang ini pun terlepas dari tindakan undang-undang walaupun perbuatan membuat laporan polis palsu adalah satu kesalahan jenayah yang agak berat.

Kalau saya buat laporan polis palsu sudah pasti dah kena tangkap dan ditahan di dalam lokap.

Dia kata YB Lim Kit Siang nak pecah belahkan melayu kononnya. Apa bodoh sangat budak Khairul Azwan ini.

YB Lim Kit Siang, YAB Tuan Lim Guan Eng dan keseluruhan tokoh-tokoh pemimpin DAP yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad serta YB Dato Seri Dr Wan Azizah sebagai penasihat bersama Pakatan Harapan.

Kepimpinan DAP tidak pernah gila kuasa pun malahan tetap menghormati semangat kepimpinan melayu untuk terus pimpin negara kita. DAP cukup berpegang utuh pada semangat kesetiakawanan di dalam Pakatan Harapan.

Sebab itulah DAP amat ikhlas menamakan Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Dr Wan Azizah sebagai tunggak utama bagi menerajui kepimpinan Pakatan Harapan.

Kalau DAP gila kuasa dan mempunyai niat untuk ‘pecah dan perintah’ Melayu; sudah pastilah mereka akan meminta untuk menjadi tunggak utama kepada Pakatan Harapan dengan menamakan YB Lim Kit Siang atau YAB Lim Guan Eng sebagai Penasihat Pakatan Harapan.

Bila berpaut pada kekuasaan lagi senang parti DAP hendak buat percaturan politik untuk melaga-lagakan melayu.

Tetapi malangnya tuduhan melulu khairul azwan harun itu amat meleset. Parti DAP yang mencadangkan jawatan tunggak Pakatan Harapan diserahkan kepada kedua-dua tokoh melayu tersebut.

Inilah hakikat hati budi baik DAP walaupun senantiasa difitnah oleh puak bangang Umno sengaja untuk menakut-nakutkan bangsa Melayu seolah-olah parti DAP amat berbaur perkauman.

Ini membawa erti bahawa budak hingusan Khairul Azwan ini cukup bahlul di dalam membuat analisa politik. Saya juga amat hairan kenapa budak ini gemar menipu dan memperbodohkan rakyat.

Khairul Azwan itu amat bodoh tetapi rakyat jelata tidak bodoh seperti beliau. Apa mungkin budak bodoh macam Khairul Azwan ini mampu bercakap bersandarkan kepada fakta secara ilmiah. Dia ini sebenarnya kaki kelentong saja. Tahap akal fikiran serta mindanya cukup haprak.

Inilah kualiti pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang Umno.

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
3 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *