Polis akan dianggap terus selamatkan Najib dalam isu Debat Mahathir-Nazri

Polis kata permit debat Dr Mahathir – Nazri ditarik balik kerana ada orang nak buat kacau kalau debat itu diadakan. Maklumat itu dikesani oleh risik polis.

Memang tidak wajar kalau debat itu diadakan yang menyebabkan berlaku kekacauan. Tetapi apa yang sedikit memelikkan, kenapa polis tidak cadangkan ia diadakan ditempat lebih selamat, misalnya dalam dewan tertutup?

Dengan terus melarang dan mengeluarkan kenyataan kononya ia akan diganggu, menyebabkan orang terfikir dimana wibawa polis dalam menjaga ketenteraman awam di negara ini. Kenyataan polis itu akan dianggap sebagai helah semata-mata untuk menyelamatkan daripada Najib dan Umno dimalukan.

Tektik-tektik sebegitu sudah kerap dilakukan menyebabkan bila ia terus dilakukan menyebabkan orang tersenyum sampai ke dalam perut.

MOHD SAYUTI OMAR
Wangsa Melawati
2 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *