ANAK ingatkan kerajaan jangan lepas tangan santuni masalah peneroka – Mazlan Aliman

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengalu alukan pengumuman Tan Sri Shahrir Abd Samad, bahwa Felda menyediakan Dana Pusingan sebanyak RM100 juta bagi mengatasi kelewatan pembayaran hasil peneroka yang mengusahakan kebun secara persendirian, tapi menjual BTS di kilang Felda.

Ia diharapkan dapat menyelesaikan kemelut yang berlanjutan berbulan lamanya ekoran pembayaran lewat. Akibatnya, peneroka menghadapi berbagai kesukaran seperti kos upah, sewa lori, kos sara hidup dan tanggungan lain.

Namun, apa yang membimbangkan, berapa lamakah dana tersebut boleh bertahan, kerana peneroka yang terlibat sekitar 10 ribu orang.

ANAK ingin mempersoalkan, tanggungjawab siapa sebenarnya yang membuat pembayaran keatas peneroka berkenaan hingga Dana pusingan terpaksa di sediakan?

Kenyataan TS Shahrir bahwa penjualan aset dilakukan demi menyelesaikan masalah peneroka, adalah gambaran jelas situasi kewangan yang parah sedang melanda Felda. Ia belum lagi mengambil kira beban hutang/pinjaman dengan KWSP dan penyediaan bajet Felda sepanjang tahun.

Nampaknya, Felda tiada pilihan hingga terpaksa menjual aset asetnya. Jika seorang peniaga berbuat begitu, ia petanda menghampiri gulung tikar!

Jika amalan ini berterusan, aset aset Felda akan lenyap dan Felda tidak punya apa apa lagi sebagai sandaran. Ia amat menakutkan!

ANAK sangat kecewa dengan sikap lepas tangan kerajaan. Segala beban terpaksa di tanggung oleh Felda, walhal; segalanya berpunca dari kegagalan FGV.

Mana dia jaminan Kerajaan untuk bertanggungjawab atas apa jua risiko kesan penyenaraian FGV?

MAZLAN ALIMAN
Presiden ANAK
2 April 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *