Mohon maklumat keluarga miskin hidup susah di Pulau Pinang untuk dibantu

Kerajaan Negeri (KN) Pulau Pinang adalah SATU-SATUNYA KN di Malaysia yg memberikan bantuan kewangan secara bulanan kepada rakyatnya yg mempunyai pendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan (PGK). Bantuan ini yang dinamakan Agenda Ekonomi Saksama (AES) telah dilaksanakan sejak tahun 2009 dan ketika ini KN P. Pinang membelanjakan lebih RM400 ribu setiap bulan untuk membantu lebih 1400 keluarga miskin P. Pinang dimana lebih 80% penerima adalah keluarga Melayu/ Islam.

Macamana nak tahu sesebuah keluarga itu layak atau tidak? Caranya mudah sahaja.

1. Jika ahli keluarga itu seorang saja (tinggal seorang diri) maka PGK nya ialah RM300. Jika pendapatan bulanannya dibawah RM300 maka dia layak untuk memohon bantuan AES untuk mencukupkan pendapatannya menjadi RM300 sebulan.

2. Jika jumlah ahli keluarga lebih dari seorang maka PGK ditentukan dengan mendarab jumlah keseluruhan ahli keluarga dengan RM220. Contoh katakan sebuah keluarga ada 5 ahli (suami, isteri, anak, anak angkat, nenek) maka; 5 × RM220= RM1100. Maka jika pendapatan bulanan keluarga ini dibawah RM1100 sebulan maka mereka layak memohon untuk bantuan AES.

Sumbangan maksima KN untuk program ini adalah terhad RM790 setiap keluarga. Program ini juga mendapat kerjasama dari JKM dan Zakat Pulau Pinang (ZPP). Bantuan AES diberi untuk tempoh setahun dan permohonan baru boleh dikemukakan jika keluarga tersebut masih memerlukan bantuan.

Selain bantuan kewangan, program AES juga membantu pemohon mendapatkan program2 bantuan lain kerajaan negeri iaitu;
1. MOHON BINA RUMAH BARU ATAS TANAH SENDIRI
2. MOHON BAIKI RUMAH
3. MOHON BELI PERALATAN TAMBAHAN PERNIAGAAN
4. MOHON DUDUKI RUMAH PPR KN PADA KADAR SEWA RM100 SEBULAN

CARA MEMOHON

1. Hubungi ADUN/ Penyelaras KADUN atau JKKKN tempat mereka tinggal
2. Atau hubungi saya di no 04-6505112 Samb 1307 (Mejar (B) Zaidi)

BANTUAN KEWANGAN KECEMASAN

Bagi Muslim anda boleh kunjungi kaunter ZPP di Bandar PERDA. Insya Allah kebiasaanya sesiapa yg kesana jarang pulang dengan tangan kosong. No ZPP adalah: 1300888808 (Hotline) 04-5498088 atau lawati website zakat pulau pinang.

LAIN2 BANTUAN OLEH KERAJAAN PAKATAN PULAU PINANG

1. Hafiz Al Quran dapat RM500 setahun
2. Anak baru lahir dapat RM200
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP)
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200)
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun
6. OKU dapat RM100 setahun
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun
8. Warga emas dapat RM100 setahun
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali
14. Rawatan dialisis percuma

JANGAN JELES JIKA ANDA BUKAN RAKYAT P. PINANG. ANDA JUGA BERPELUANG MENDAPAT SEMUA ATAU SEBAHAGIAN BANTUAN INI JIKA PAKATAN BERJAYA MEMERINTAH KERAJAAN PUSAT DAN/ATAU KERAJAAN NEGERI ANDA. JADI PASTIKAN UNDI ANDA UNTUK PAKATAN HARAPAN + PPBM + WARISAN PADA PRU14 YANG AKAN DATANG.

MEJAR TUDM YG DIPECAT
HJ ZAIDI AHMAD
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *