Kerajaan peruntuk RM1.4 juta bina jalan baharu ke rumah speaker

DEWAN RAKYAT: Kos keseluruhan pembinaan jalan alternatif ke kediaman rasmi Speaker Dewan Rakyat mencecah RM1.4 juta, kata kerajaan. Dalam jawapan bertulis 23 Mac, kementerian kerja raya berkata, projek melibatkan pembinaan jalan 100m, saliran, utiliti, pagar elektronik, sistem keselamatan dan struktur reka bentuk pada laluan masuk.

Projek bermula 21 Mac tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan pada 20 Mac tahun ini.

Bagaimanapun, disebabkan kelewatan dalam kerja-kerja turapan konkrit, projek terpaksa dijadualkan semula.

Pada masa ini, projek tersebut 72% siap berbanding 92% yang dijadualkan, menurut kementerian, menjawab soalan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang menanyakan berapa banyak dibelanjakan untuk projek itu.

Speaker Dewan Rakyat ketika ini Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *