Dokongan mantan Tun Mahathir, Anwar wajar sebagai PM selepas PRU14 – Muhamad Muhd Taib

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala Parti Bersatu telah menyertai Pakatan Harapan (PH). Dengan penyertaan Bersatu ke dalam PH akan memperkukuhkan lagi parti gabungan ini PH untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara selepas PRU14.

Banyak reforms perlu dilakukan untuk membetulkan kembali pentadbiran negara. Terlalu banyak ‘beban’ yang terpaksa dipikul oleh rakyat buat ketika ini dan perlu dirungkaikan satu persatu selepas ini antaranya kos sara hidup dan sebagainya.

Setinggi-tinggi syabas kita ucapkan kepada Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dan sahabat saya TS Muhyiddin Presiden Bersatu serta saf kepimpinan Bersatu yang sangat komited untuk bersama-sama PH menukar kepimpinan negara.

Saya melihat Tun Mahathir terutamanya, sangat berkeinginan untuk menukar pucuk kepimpinan negara. Ucapan-ucapan beliau sangat tajam dan pedas mengkritik Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Perkataan-perkataan seperti pencuri, perompak, penyamun dan penipu hampir setiap hari digunakan olih beliau dalam ucapan-ucapan beliau.

Dalam pada itu Tun juga sekonyong-koyong telah dua kali berjumpa dengan DS Anwar Ibrahim di mahkamah. Mengapa dan buat apa? Beliau juga hadir di perhimpunan Bersih sebanyak dua kali.

Mengapa dan buat apa? (Bersih memperjuangkan ‘good governance’).
Dan banyak lagi peristiwa yang lain dimana Tun hadir.

Saya berkesempatan ikut bersama-sama Tun dalam pilihanraya kecil Sungai Besar. Beliau sempat ziarah Datuk Shukur bapa calon Pakatan Harapan dari parti AMANAH.

Bagi kita Tun Mahathir begitu bersungguh-sungguh mahu melihat perubahan berlaku didalam pimpinan negara.

Saya menyimpulkan begini. Tun Mahathir menyingkirkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Sekarang 2017. Tun tidak pernah bercakap siapa yang selayaknya menjadi Perdana Menteri akan datang.

Saya melihat parti-parti pembangkang perlu secara bersama menonjolkan seorang pemimpin yang paling layak mengemudi negara selepas PRU14.

Bukankah Anwar Ibrahim yang paling layak?

Selaku Perdana Menteri beliau boleh menyatu, mengimpau dan mengemudi semula negara ini seperti zaman 90 an dahulu dalam era kegemilangan di bawah kepimpinan Tun Mahathir.

TS Muhammad Muhammad Taib
27 Mac 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *