Adun Damansara Utama mahu saman Jamal dakwa beliau salahguna peruntukan SMUE

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin akan mengambil tindakan saman ke atas Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mendakwa beliau menyalahgunakan peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Beliau berkata, tuduhan dibuat Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu jelas fitnah dan pihaknya akan mengadakan perbincangan susulan bersama peguam untuk tindakan berkenaan.

“Saya akan saman dia (Jamal) di mahkamah, ini satu tuduhan jahat dan kita tidak boleh menerima politik sedemikian.

“Kalau ada bukti, (beliau) boleh tunjukkan bukti dan kita juga tunjukkan dokumen bukti tetapi dia tidak berminat untuk menelitinya,” katanya seperti dipetik portal Selangorkini.

Beliau berkata, Jamal memfitnahnya dua kali berhubung perkara itu dengan membuat laporan polis serta laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Katanya, beliau telah hadir ke pejabat SPRM dengan segala bukti diperlukan tetapi tidak menjadi kenyataan ekoran Jamal sekadar menampilkan wakilnya.

“Sekarang saya difitnah kali ketiga (dalam sidang dewan DNS oleh Umno-BN) dan tahap politik sebegini amat rendah.

“Saya berharap Umno-BN khususnya di Selangor mempraktikkan politik lebih mulia,” katanya berhubung tuduhan dibuat ADN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus dalam sidang DNS.

Sebelum ini, tuduhan sama turut dilempar Jamal kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan ADN Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan isu peruntukan SMUE di bawah program Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *