Kit Siang dakwa tindak balas kerajaan kendali krisis seperti “berterabur” dan “mengejutkan”

SUBANG JAYA: Pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang buntu dalam mencari penjelasan rasional terhadap kecenderungan Malaysia menangani bencana dan skandal kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa tindak balas kerajaan dalam mengendalikan kes itu seperti “berterabur” dan “mengejutkan”.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan berhubung usaha yang diambil oleh kerajaan dalam mengendalikan isu MH370 dalam sesi “teh tarik” di Summit USJ malam kelmarin.

“Kenapa semuanya berlaku di Malaysia?

“Ia seperti ada kuasa besar sedang menyampaikan mesej kepada Malaysia,” kata Kit Siang dengan merujuk kepada beberapa insiden seperti MH370, MH17 dan pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam.

“Hingga kini rakyat Malaysia malu untuk mengaku ini negara mereka,” katanya seperti dialpor FMT.

Beliau juga menggesa kerajaan menyambung kembali carian ke atas misteri kehilangan MH370.

Lim berkata, Putrajaya dan Malaysia Airline Berhad (MAB) dikritik teruk di peringkat antarabangsa kerana cara pengendalian mereka terhadap isu ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *