AMANAH dan Ahli Parlimen Taiping ziarah imam masjid yang uzur, beri sumbangan

TAIPING: DAP Perak menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban ditanggung seorang imam masjid yang sakit dan uzur di Kamunting.

Pengerusinya, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan berkata, Nordin yang kini berusia 76 tahun pernah diserang angin ahmar dan penglihatannya juga kabur.

Nga berkata, perjuangan utama DAP ialah menyejahterakan hidup rakyat dan menegakkan keadilan sosial tanpa mengira kaum serta agama kerana parti itu menganggap semua kaum di negara ini ialah sebuah keluarga besar.

Ahli Parlimen Taiping itu berkata, pasukan khidmatnya akan turun padang setiap minggu untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.

Turut menziarah Nordin ialah Adun Aulong, Leow Thye Yih; Adun Pokok Assam, Teh Kok Lim; Ketua AMANAH Taiping, Mohd Saad Ismail serta pasukan Pusat Khidmat DAP Taiping.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *