ABIM gesa Malaysia ambil tindakan segera selesaikan polemik Korea Utara

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh kerajaan Korea Utara.

ABIM amat prihatin terhadap keputusan terkini Kerajaan Korea Utara yang menahan warganegara Malaysia dari meninggalkan negara tersebut.

Sesungguhnya keputusan diplomatik yang dikeluarkan kerajaan Korea Utara ini jelas hanya memburukkan keadaan dan sama sekali tidak akan menyelesaikan polemik membabitkan kes pembunuhan terhadap Kim Jong-nam.

Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara, tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara.

ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.

ABIM juga menganjurkan rakyat Malaysia untuk berdoa bagi keselamatan mereka. Umat Islam turut diseru untuk menganjurkan solat hajat sebagai ikhtiar bersama.

MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Presiden ABIM
Kuala Lumpur

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *