Bailout pelbagai projek hartanah yang terbelangkalai ekoran tindakan drastik China – Salahuddin Ayub

Berikutan tindakan drastik Kerajaan China mengawal pengeluaran keluar modal, ramai pakar ekonomi meramalkan berlakunya lambakan projek hartanah terbengkalai khususnya di negeri Johor.

2. Adalah difahamkan projek super mega Forest City yang hampir keseluruhannya mensasarkan pasaran dari negara China akan paling awal terkesan akibat daripada dasar Bank Pusat China yang menekan rakyatnya yang membeli hartanah di luar China supaya menghabiskan pinjamannya atau membayarnya di dalam negara China sahaja.

3. Sebagai bukti jelas, syarikat pemaju China iaitu Country Garden yang membangunkan projek Forest City telah pun menutup semua pusat jualannya di China. Ini bermakna, tidak akan ada jualan baru dan padahnya adalah cukup besar untuk mengisi saiz projek Forest City yang luasnya 1,385 hektar.

4. Adakah Kerajaan Negeri Johor di bawah Team Johor pimpinan Datuk Seri Khalid Nordin tidak meneliti Kajian Kemungkinan (feasibility study) terhadap projek Forest City? Adakah pentadbiran Team Johor juga tidak sedar akan kemungkinan berlakunya gelembung ekonomi (bubble economic), gelembung spekulasi dan gelembung kewangan yang telah berlaku di Dubai dan Indonesia?

5. Ahli-ahli Ekonomi dan pemain sektor hartanah bersekala besar bimbang pasaran tempatan dan Timur Tengah tidak akan mampu mengisi lompang yang ditinggalkan di Forest City . Besar kemungkinan projek Forest City akan menjadi “great white elephant” yang akhirnya kelak terpaksa di bailout oleh kerajaan Team Johor. Sekali lagi airmata dan keringat rakyat terus menjadi taruhan.

#AmanahDemiNegara

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)
14 Mac 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *