Tiga cubaan Pas untuk bunuh karektor Husam Musa kembali makan tuan

Satu-satu serangan dan gertakan parti agama kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), khususnya terhadap Husam Musa semua jadi senjata makan diri dan menjadi parti itu semacam lekat dalam pukat yang basah.

Pertama isu nak saman Husam kerana menimbulkan isu RM90 juta, tidak berapa nak jadi dah. Masih dalam makmal kajian.

Kedua isu hendak berdebat dengan Husam kerana langgar baiah (baiah bahalul), juga nampak seperti nak lari dah.

Ketiga terbaharu, ada sebuah kawasan parti agama itu minta agar heret Husam ke Mahkamah Syariah kerana langgar baiah bahalul, cabaran itu disambut dengan bergaya oleh AMANAH.

Hanipa Maidin salah seorang pemimpin AMANAH berdoa agar cadangan disegerakan. Dia bersedia untuk berhadapan dengan parti agama di mahkamah.

Dalam pada itu Hanipa juga ada sebut soal “smuggle” baiah belakang pintu. Macam mana pula tu? Trims. Ubi kayu habis hari ini.

FB SAYUTI OMAR
Penulis politik
12 Mac 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *