Jika betul sayang kenapa tidak dipulangkan royalti minyak kepada Kelantan?

Kata Najib Razak di Kelantan hari ini (12 Mac 2017), “kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan.”

Sayang betul atau sayang nak menang pilihanraya? Memadaikah mengatakan sayang dengan hanya memberi projek-projek pembangunan saja?

Kenapa tak dipulangkan terus royalti minyak yang dituntut sejak bertahun-tahun oleh Kelantan?

Tambah Najib lagi, “pemimpin terdahulu dari ambo, tak payah sebut nama, dia kata orang Kelantan ini patut kita dera, kurangkan peruntukan.

“Ambo tak percaya, ambo tak kurang, ambo tambah peruntukan untuk rakyat Kelantan.”

Sekali lagi, jika Najib benar-benar tidak mahu sama seperti pemimpin terdahulu yang disebutnya itu, beliau seharusnya berani memulangkan kembali royalti minyak kepada Kelantan itu.

Ia adalah hak rakyat Kelantan, dan siapa pun yang memerintah negeri itu selepas ini, mereka berhak terhadap royalti tersebut.

Dan sebagai bukti sayangnya kepada rakyat Kelantan, Najib wajar mengambil langkah segera mengenainya. Jika tidak, siapa mahu percaya?

Shahbudin Husin
12 Mac 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *