Tian Chua dijatuhkan hukuman denda RM3,000, berdepan hilang kelayakan wakil rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang telah dijatuhkan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina seorang pegawai polis menggunakan kata-kata kesat, 3 tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan,” katanya.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan pegawai polis, Glenn A Sinappah, pada 12 Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan di pintu masuk utama Hotel Armada pada 7.45 malam pada 14 April, 2014.

Dalam respon segera, peguamnya Latheefa Koya berkata, rayuan akan difailkan.

“Beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika dapat mengurangkan denda dalam rayuan itu,” katanya.

Beliau menambah, Tian Chua boleh mengekalkan kerusi Batu beliau buat masa ini sementara menunggu rayuannya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *