Seramai 135 keluarga terima sumbangan Skim Rice4u AMANAH Johor

BATU PAHAT: Seramai 135 keluarga terpilih menerima bekalan beras dan barangan keperluan harian di bawah skim Rice4u AMANAH Johor. Program bulanan itu berlangsung di Parit Besar, Jalan Kluang, Batu Pahat, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan menyampaikan sumbangan kepada para penerima bagi Zon Parit Besar dan Broleh, lapor Malaysia Dateline.

Program kali ini dianjurkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam perkembangan berasingan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Parit Yaani dan AWAN Kawasan Sri Gading telah mengadakan program ‘Free Market’ bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pada program ini, pengunjung dibenarkan mengambil sebarang pakaian yang telah disediakan tanpa sebarang bayaran.

PPBM Bahagian Sri Gading yang diwakili Datuk Paduka Ahmad Faizal Tan Sri Mohamad Salim juga turut memberi sumbangan bagi menambah meriah lagi program tersebut.

Menurut Aminolhuda, kerjasama dengan PPBM akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU).

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *