Program peduli rakyat yang banyak dianjurkan oleh AMANAH bukan sekadar memancing undi

Bila kita sebut “Amanah, Progresif, Peduli”, kita bukan sekadar bermain kata. Itu sebenarnya adalah nadi perjuangan ini. Kita tubuhkan skuad peduli di seluruh pelusuk daerah meneroka wilayah-wilayah kedhaifan rakyat yang tidak tergambar di mediia arus perdana.

Program Peduli Rakyat bukan program memancing undi. Ini program teras membina jati diri parti ini. Para karyawan politik dalam keluarga besar Amanah mesti dilatih secara amali mendepani, menghayati, dan memahat di hati akan rintihan kepayahan hidup para dhu’afa’ yang wujud di celah-celah kehidupan dan kesibukan mereka.

Parti politik tidak menang sokongan undi hanya dengan menghulur bantuan. Berapa sangat kemampuan kita. Kalaupun kita mampu setiap hari kita bantu 10 orang, sebulan baru 300 dan setahun tidak sampai 5 ribu orang. Itupun suatu yang agak mustahil dilakukan.

Tetapi bukan nombor itu yang penting. Bukan undi mereka yang menjadi buruan utama.

Apa yang penting ialah agar program ini dapat membawa seramai mungkin para karyawan politik datang menyantuni mereka yang hidupnya menderita. Biar hati mereka terdidik dengan dengan sifat belas.

Biar rintihan derita hidup mereka menjadi pembakar semangat perjuangan ini. Agar kelak, bila mereka berada di beranda kuasa, hati mereka tidak terpisah dengan denyut nadi dan tangisan para dhu’afa’.

Suatu hari, kita mengharap agar pimpinan parti Amanah benar-benar menjadi pemimpin negara yang hati mereka sentiasa dekat dengan rintihan rakyat. Semoga Amanah terus mara dengan tekad PEDULI RAKYAT.

>> Komentar bebas, Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani I 7 Mac 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *