Lebih 3,000 limpahi Dataran Jom Ubah raikan Tun Mahathir luncur Pakatan Harapan Jempol

SAMBUTAN LUAR DUGAAN… Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad terus menegaskan komitmen beliau untuk membawa PPBM bersama Pakatan Harapan sekaligus bertanding dalam PRU14 akan datang. Beliau berkata demikain di hadapan lebih 3,000 hadirin dalam Ceramah Mega bersempena sesi Jelajah Taskforce Semarak Kasih Felda ke Jempol pada 25 Februari lalu. Dataran Jom Ubah dekat sini, telah menampilkan Tun Mahathir bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Beliau juga telah merasmikan pelancaran Pakatan Harapan Jempol dan Taskforce Semarak Kasih Felda. Antara pimpinan AMANAH yang hadir Mazlan Aliman, Zulkifly Mohd Omar dan Taufik Abdul Ghani.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *