Shahril Samad dan janji dicapati Umno terhadap Program Rumah Generasi Kedua Felda – Mazlan Aliman

Perancangan lama FELDA terhadap program rumah generasi kedua dan hari ini baru diumumkan semula oleh Pengerusi FELDA adalah penerusan kepada janji yang telah dicapati pimpinan Umno BN sekian lama.

2. Program perumahan generasi kedua FELDA telah diumumkan oleh Najib Razak pada November 2012 sebelum pilihan raya ke-12. Beliau berjanji pada PRU-13 untuk membina 20,000 unit rumah dalam masa 5 tahun. Sehingga hari ini, ‘indah khabar dari rupa’.
3. Tambahan itu, Isa Samad juga berjanji akan melaksanakan projek pada awal 2016, kemudiannya ditunda, beliau berjanji lagi pada akhir 2016 dan kemudain ditunda lagi hingga hari ini, beliaulah ‘Raja Janji’.

4. Janji kosong Najib Razak menunjukkan bahawa berlaku kelemahan urustadbir FELDA yang mana penyata kewangan akhir 2014 FELDA menunjukkan bahawa peruntukan sebanyak RM193 juta duit rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada projek rakyat FELDA generasi ke-2 tidak dapat dikesan. Oleh itu, ANAK menggesa FELDA mendedahkan penyata kewangan FELDA kepada rakyat.

5. Projek perumahan Sentuhan Kasih juga menimbulkan tanda tanya yang melibatkan kos RM120 juta bagi membina 100 unit rumah sahaja, malah terdapat juga projek sakit di beberapa Felda utama seperti di Pahang, Felda Bukit Sagu, Felda Sungai Retang, Felda Jengka 12, Felda Jengka 6, Felda Bukit Tajau, Felda Kg Awah dan Felda Chini 3.

6. Selain itu, FELDA mengumumkan pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada Putra Investments, sebuah syarikat dari Singapura yang didakwa menjadi orang tengah kepada pemberi pinjaman dari negara China.

7. Realitinya generasi kedua FELDA sudah lewat 30-an dan 40-an. Sedangkan generasi peneroka kini beralih kepada generasi ketiga. Malangnya FELDA dibawah kepimpian Umno BN masih tiada lagi perancangan bagi generasi baharu.

MAZLAN ALIMAN
Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
28 Februari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *