Kontroversi isu ‘sial’, Tajuddin Pasir Salak seret Khalid Samad, NST, KiniTV ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang menarik perhatian tahun lepas apabila merujuk Ahli Parlimen Teresa Kok di Parlimen sebagai perempuan yang mempunyai perkataan “Kok”, akan membawa isu berkaitannya ke mahkamah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menyaman Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang memberi reaksi kepada komen itu dengan perkataan “sial” pada 21 November tahun lepas.

Pihak lain yang dinamakan dalam saman itu media berbahasa Inggeris, New Straits Times dan portal video KiniTV.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyaman Khalid berkenaan sidang media di luar Dewan Rakyat sejurus selepas kejadian, di mana beliau menegaskan kenyataan “sial” itu terhadap Tajuddin dan mempersoalkan kelakuannnya, lapor Malaysiakini.

Dalam samannya, beliau mendakwa kenyataan Khalid adalah fitnah kerana ia membayangkan Tajuddin bukan seorang Islam yang baik dan dikutuk ke neraka, kemerosotan moral dan tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen dan timbalan menteri.

Tajuddin menyaman NST kerana menyiarkan kenyataan itu yang dibuat Khalid pada sidang media.

Saman bertarikh 22 Februari, dan difailkan melalui firma undang-undang Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkata Khalid dan NST enggan memohon maaf dan mendakwa kenyataan itu bukan fitnah selepas surat tuntutan dihantar kepada mereka.

Tajuddin juga menyaman KiniTV kerana menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas itu pada 24 November tahun lepas.

Khalid mengadakan sidang media selepas diserang dalam kawasan Parlimen, oleh sekumpulan orang dari Pasir Salak, termasuk anak lelaki Tajuddin, Faisal. Khalid menyalahkan Tajuddin diatas serangan itu di sidang media itu.

Saman itu berkata, rakaman sidang media Khalid yang disiarkan KiniTV adalah fitnah kerana ia membayangkan Tajuddin menggunakan kekerasan terhadap musuh politik dan bersalah kerana melakukan kesalahan jenayah memulakan serangan dan tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen dan timbalan menteri.

Saman itu mendakwa KiniTV tidak menjawab surat tuntutan.

KiniTV, melalui syarikat induk Malaysiakini, berkata ia sudah menjawab surat tuntutan yang diberikan kepada Murthi & Partners pada 21 Februari dan diterima oleh wakil firma undang-undang itu.

Surat Malaysiakini berkata, video itu adalah laporan berita mengenai perkara yang berkepentingan awam kerana Tajuddin terlibat dalam debat terbuka dengan Khalid. Ia juga menawarkan hak menjawab kepada Tajuddin.

Tajuddin menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan, faedah pada kadar 5 peratus setahun ke atas amaun yang akan diberikan sebagai ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah Tinggi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *