Khalid pertahan perkataan ‘sial’, Tajuddin Pasir Salak malukan diri sendiri dengan kata-kata carut

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman disifatkan sebagai memalukan diri sendiri apabila menggunakan kata-kata carut terhadap seorang ahli parlimen wanita dan memperlekehkan wakil rakyat lain, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada sidang medianya Khalid mempertahankan perkataan “sial” terhadap Tajuddin.

“Dia menggunakan kata-kata mencarut dan memperlekehkan ahli Parlimen lain tanpa menunjukkan penyesalan, kemudian memfitnah saya menjatuhkan air mukanya padahal dia menjatuhkan air mukanya sendiri.

“Tidak kira kita dari parti mana, walaupun ahli Parlimen BN sekalipun, kita tidak boleh layan wanita begitu,” katanya.

Pada 21 November lalu Tajuddin telah mengatakan Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh sebagai satu-satunya wanita yang namanya mempunyai perkataan “Kok”.

Tajuddin dalam writ saman semalam, 27 Februari berkata, kenyataan Khalid menggambarkan beliau sebagai munafik, melanggar perintah Allah dan akan masuk neraka.

Bagaimanapun Khalid berpandangan Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadapnya sesuatu yang melucukan.

““Saya nak tunjuk betapa kelakarnya saman ini. Antara lain dia kata saya tuduh dia tak ikut perintah-perintah Allah, kutuk dia akan pergi neraka, tua yang tak layak jadi MP, bukan Muslim yang baik, plaintif adalah munafik.

“Kita tahu dia mempunyai banyak wang dan masa untuk melibatkan mahkamah dalam perkara ini tapi saya yakin tidak bersalah dan saya akan jumpanya di mahkamah,” katanya.

Selain Khalid, Tajuddin turut menyaman NST, KiniTV kerana menyiarkan kenyataan dan menyiarkan rakaman sidang media Khalid selepas beliau diserang sekumpuan ahli Umno Pasir Salak di kawasan Parlimen pada 24 November tahun lalu.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak menuduh Tajuddin terlibat dalam serangan itu.

“Dia tidak perlu bantuan penyerang yang melaungkan namanya untuk menyerang saya jika dia mahu, saya memohon maaf.”

Merujuk saman bertarikh 22 Februari dan difailkan melalui firma guaman Murthi & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan Khalid dan NST enggan memohon maaf dan mendakwa kenyataan mereka tidak berunsur fitnah selepas surat tuntutan dihantar kepada mereka.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *