10 Cawangan baharu AMANAH-PPBM ditubuh serentak dalam Dun Bukit Pinang

10 CAWANGAN BAHARU… Penyerahan borang-borang keahlian untuk 5 cawangan baharu Parti AMANAH Negara dan 5 cawangan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dun Bukit Pinang dalam Parlimen Pokok Sena telah diterima masing-masing oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir. Pada majlis bersempena ceramah perdana Jumaat, 24 Februari itu, Datuk Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena juga turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada anak-anak muda Dun Bukit Pinang.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *