Najib sangat tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakapan dan PPBM – Suhaizan Kayat

Sebagai penggerak politik di Malaysia, saya melihat barisan pemimpin pembangkang cukup berpengaruh sehingga boleh menggugat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Razak.

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali yang sekadar bertanya apakah benar terdapat menteri kanan Kerajaan BN akan melepaskan jawatan telah diserang bertubi-tubi oleh menteri-menteri BN dalam media arus perdana.

Dalam hanya beberapa jam saja selepas akaun ‘twitter’ Azmin Ali mengeluarkan pertanyaan mengenai isu perletakkan jawatan menteri kanan tersebut, ia telah mendapat maklumbalas Najib Razak.

Isu sebegini cukuplah sekadar Ketua Pemuda Umno yang perlu menjawab. Mengapa Najib begitu panik?

Dalam sudut yang lain, menteri yang berkenaan telah berjumpa dengan Azmin. Ini membayangkan bahawa menteri berkenaan lebih menaruh harapan kepada pemimpin pembangkang berbanding menteri-menteri yang lain di dalam kabinet Najib.

Ternyata jelas bahawa Najib pada hakikatnya gerun kepada pemimpin pembangkang yang semakin hari semakin menggugat kedudukan beliau sebagai seorang perdana menteri.

Saya yakin Najib sudah mengenalpasti menteri kanan berkenaan. Kebimbangan saya adalah beliau akan diberi tekanan agar tidak melaksanakan niatnya yang murni itu.

Saya berharap menteri berkenaan dapat meneguhkan pendiriannya dan rakyat yang cinta negara ini sentiasa berada bersama-sama dibelakang beliau.

SUHAIZAN KAYAT
Naib Pengerusi AMANAH
Johor

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *