Jangan benarkan murid ambil duit bantuan kerajaan RM100 saran NGO PAGE

Bantuan RM100 dari kerajaan untuk kanak-kanak sekolah mesti digunakan untuk membayar yuran, kata persatuan ibu bapa.

Kenyataan itu susulan laporan mengenai murid-murid menggunakan duit itu untuk antara lain mengubah suai basikal masing-masing.

Persatuan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) menggesa golongan dewasa supaya mengambil sendiri wang itu dari pihak sekolah.

“Duit itu untuk tahun baru persekolahan. Kanak-kanak tak boleh dibenarkan ambil duit itu kerana mereka mungkin akan menyalahgunakannnya.”

Azimah berkata, jika ibu bapa tidak mengambil duit itu, maka ia perlu ditolak.

Beliau menjawab laporan Sin Chew Daily semalam yang mendakwa ada kanak-kanak, berumur antara 8 hingga 16 tahun, menggunakan bantuan sekolah RM100 untuk mengubah suai basikal.

Ia memetik seorang pembantu kedai basikal di Kuantan, dinamakan sebagai Faizizul, berkata setiap seorang akan belanja antara RM100 hingga RM300.

Bantuan RM100 itu diperkenalkan kerajaan pada 2010 bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa.

Pengerusi PAGE Melaka, Mak Chee Kin berkata sekolah perlu maklumkan ibu bapa bila wang itu perlu diambil.

“Ada ibu bapa yang tidak sedar anak mereka sudah mengambil atau membelanjakan wang itu.”

Chee Kin mencadangkan daripada menyerahkan RM100 sekaligus, lebih wajar sekiranya sekolah menolak bayaran yuran sekolah dan aneka perbelanjaan lain daripada jumlah itu.

“Jika kerajaan mahu meringankan beban kewangan ibu bapa pada tahun baru persekolahan, langkah itu wajar dilaksanakan untuk manfaat pelajar itu sendiri.”

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *