Fitnah terbaharu kerjasama AMANAH dengan Umno di Kelantan, Wan Rahim buat laporan polis

KOTA BHARU: AMANAH Kelantan menyifatkan sebaran berita kononnya parti itu berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU14 satu fitnah besar.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya akan membuat laporan polis pagi ini behubung tuduhan liar itu.

“Saya menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

“Tiada sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan,” katanya dalam satu kenyataannya seperti yang dilapor oleh Malaysia Dateline hari ini.

Melalui tulisan yang tular di media sosial dikatakan kerjasama AMANAH dengan Umno Kelantan itu dibuat bagi merampas penguasaan Kelantan daripada Pas.

Susulan itu dikatakan terdapat percanggahan di kalangan pimpinan Umno terhadap cadangan itu selain turut menamakan beberapa ketua bahagian yang terlibat.

Dalam pada itu, Wan Rahim menyifatkan tulisan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan fitnah terhadap AMANAH Kelantan.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *