Zaid Ibrahim jawab tohmohan liar sebaik beliau sertai DAP

Beberapa hari lalu, saya telah membaca banyak hal yang diperkatakan mengenai diri saya setelah pengumuman awal saya menyertai DAP. Barisan Nasional terutamanya para penggiat media mereka, telah mengatakan banyak hal yang boleh membuat anda ketawa.

Saya bukan mahu memberi reaksi kepada mereka. Hari ini, saya sekadar ingin memberitahu teman-teman serta penyokong saya yang peduli mengenai penglibatan baru saya dalam parti politik.

Atas sikap peduli mereka yang jujur itulah maka saya membuat penjelasan.

Pertamanya, mereka khuatir sama ada saya adalah pekerja pasukan atau saya boleh bertahan lama. Sudah tentulah saya pekerja pasukan; kalau tidak saya tidak mungkin kekal selama 25 tahun dalam Umno, walaupun saya digantung dan segala kesulitan yang saya lalui dengan para pemimpin parti.

Saya juga menghabiskan masa 24 tahun dalam firma guaman yang saya bina daripada mula.

Pastinya juga, saya bukan seorang primadona, sebagaimana dibuktikan oleh mereka yang mengenali saya.

Saya datang daripada keluarga yang biasa dan bukanlah gaya saya untuk membangga diri seperti burung merak mengembangkan bulunya.

Kepada mereka yang menuduh saya gila kuasa, ingin saya tegaskan dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri, sepatutnya dengan sendirinya menjelaskan beberepa perkara mengenai saya.

Kemudian ada juga memanggil saya sebagai “kuda liar”, satu gelaran yang diberikan hanya kerana semasa berjawatan Menteri yang diberi tanggungjawab melaksanakan reformasi undang-undang.

Saya dianggap sebagai seekor lembu dalam kedai Cina yang cuba merubah dunia dalam masa 30 hari.

Hakikatnya ialah saya mempunyai sedikit peluang menjalankan tanggungjawab saya.

Saya tahu bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi diasak kuat supaya berhenti sebagai Perdana Menteri, justeru saya cuba melaksanakan banyak perkara sebelum perkara ini berlaku.

Ini termasuklah melakukan bayaran pampasan kepada hakim-hakim yang dipecat jawatan mereka dalam tahun 1988.

Saya juga sebahagian daripada pasukan yang memulakan rangkakerja bagi penubuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan menjalankan tugas berkaitan Suruhanjaya Perlantikan Hakim.

Saya berharap mereka yang gembira bahawa saya aktif semula dalam parti politik tidak akan berasa bimbang lagi. Kini saya lebih berpengalaman dalam politik pembangkang dan usia saya juga kian meningkat.

Saya akan melangkah sendiri. Saya juga mempunyai banyak kualiti yang baik; saya berterus terang dan bersikap terbuka dengan pandangan saya, saya tidak menyimpan dendam dan saya tidak merancang atau memutar-belit orang lain untuk mendapat kedudukan dan kuasa.

Saya tidak menikam belakang kawan. Saya harap semua ini satu kepastian kepada mereka yang menyokong saya – saya amat menghargai sokongan anda semua.

Saya akan bekerja bersama-sama pemimpin pembangkang. Saya berharap kita akan menjadi pasukan yang padu dan bersatu agar aspirasi rakyat dapat dicapai.

Saya tidak menjanjikan lebih daripada itu, tetapi pastinya akan bekerja keras demi membawa kebaikan dan perubahan kerajaan.

Zaid Ibrahim

10 Februari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *