Malu teramat besar jika Pas tidak berani heret Husam ke mahkamah

Wahhh….belum pun menerima surat notis atau tuntutan saman daripada Pas, tetapi Husam Musa dengan pantas telah tampil menyatakan pendirian tidak akan berganjak daripada dakwaan yang dibuatnya terhadap parti Islam itu berhubung wang RM90 juta yang didakwanya disalurkan melalui Affin Bank.

Kata Adun Salor dan Penasihat AMANAH Kelantan itu, beliau akan mempertahankan apa yang diucapkannya semasa berceramah di Selising, Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu yang berbangkit, kata Husam dalam kenyataan melalui Facebooknya.

Tidak seperti Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang berdalih-dalih dengan kenyataannya sendiri apabila diancam saman oleh Mukhriz Mahathir sebelum ini, Husam sebaliknya lebih menampakkan keberanian dan sikap tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Apakah segala bukti-bukti sudah ada dalam tangan Husam?

Apa pun, malu besarlah Pas jika tidak berani atau masih bertangguh-tangguh untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam yang seolah-olah memang menunggu saman terhadapnya bagi membuktikan kebenaran yang tentunya ditunggu-tunggu oleh semua.

Shahbudin Husin
10 Februari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *