Husam Musa benar-benar mewakafkan dirinya untuk Pas Kelantan – Wan Rahim

Apabila Husam habis belajar di UM 1980an, terus balik Kota Bharu mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ketika TGNA menjadi Pesuruhjaya Pas Kelantan.

Dikuti pula oleh generasi graduan UM seperti Ustaz Muhammad Hj Husain, Zainal Abidin Hussin, Che Nordin Che Hussin, Ustaz Che Ibrahim Mohamed, Khier Zahari Ab Ghani, yang semua sekali kini berada dalam JK Pimpinan AMANAH Negeri Kelantan hari ini.

Masih ingat masa Husam dok tidur bangunan di Pejabat Pas. Betul… dia (Husam) serah diri dia untuk perjuangan.

Tak lama kemudian, PRU 1986 membawa pertukaran kerusi TGNA daripada Parlimen (1967/69 – 1969/74 – 1974/78 – 1978/82 – 1982/86) ke Dun. Sepenggal 1986/90 sebagai Ketua Pembangkang.

Post PRU 1990, TGNA jadi MB, Husam menjawat Ssetiausaha Akhbar MB selama 3 tahun. Pada 23 Okt 1993 Husam dilantik Ssetiausaha Politik TGNA selama 6 tahun.

Tanding PRU 1999 untuk Husam menjadi MP Kubang Kerian. Menjelang PRU 2004, TGNA tanya saya, “Cikgu, bolehkah BA (Barisan Alternatif) menang untuk bentuk Kerajaan Persekutuan?”

Ambo jawab ikhlas, “Payoh kakloh Tok Guru tapi peluang menang tetap ada.” Selepas PRU 2004, TGNA angkat nama Husam untuk menjadi TMB.

(Hari ini 9 Feb 2017, Husam royak dia hanya dimaklumkan mengenai perkara berkenaan apabila dipanggil masuk bilik jumpa Dato Fadzil Mohd Noor, Presiden Pas & di situlah TGNA sebagai Mursyidul Am memberitahu keputusan parti)

Semenjak itulah Husam menjadi orang kepercayaan TGNA sehingga akhir hayatnya.

Husam telah berjaya membantu TGNA meningkatkan semula sokongan rakyat daripada majoriti satu kerusi dalam Dun di pertengahan penggal 2004/08 kepada majoriti 2/3 sehinggalah PRU 2013.

Kepada pihak yang masih menyalahkan Husam di atas keputusan TGNA ini dan masih menyimpan dendam kepada Husam sampai loni, ambo hanya mampu kata… “what a pity”.

Dato Wan Rahim Wan Abdullah
Sumber: Facebook

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *