AMANAH Batu Sapi kutip petisyen desak baiki Jalan Batu Sapi-Sandakan dengan segera

SANDAKAN: Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah bersama Pemuda AMANAH Batu Sapi telah mengadakan kutipan petisyen untuk mendesak pihak berkuasa membaikpulih jalanraya Batu Sapi dan Sandakan dibaik pulih bertempat kira-kira jam 9.00 semalam di Terminal Bas Bandar Sandakan.

Hamzah berkata, isu jalanraya ini sudah terlalu lama berlanjutan dibangkitkan tetapi masih tidak ada penyelesaian tegas daripada pihak berwajib.

Katanya, AMANAH Sabah mengajak rakyat untuk menandatangani petisyen tersebut agar menjadi desakan kepada pihak berwajib untuk bertindak segera.

“Pihak kami sudah mengambil beberapa langkah untuk membantu menyelesaikan kesusahan rakyat berhubung perkara ini. Aduan kepada MPS (Majlis Perbandaran Sandakan) telah dibuat, bahkan kami juga telah menghubungi talian bebas tol JKR.

“Malangnya, kami dapati nombor tersebut tiada di dalam perkhidmatan. Justeru, kami berpandangan, suatu desakan yang lebih kuat perlu dilakukan.

“Petisyen ini akan diserahkan kepada YB Stephen Wong (Ahli Parlimen Sandakan) untuk disuarakan di dalam sidang parlimen,” tegas Hamzah.

Yunizam Yusop, Ketua Pemuda AMANAH Batu Sapi yang turut serta mengutip petisyen mengucapkan syabas kepada warga Sandakan yang menandatangani petisyen tersebut.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Sandakan yang telah memberikan kerjasama menandatangani petisyen mendesak JKR Sandakan membaiki jalan raya di Batu Sapi dan Sandakan seluruhnya.

“Alhamdulillah sebanyak 500 tandatangan berjaya dikutip dalam masa 45 minit sahaja. Tandatangan ini akan kami hantar kepada JKR Sandakan dengan kadar yang segera,” ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Sabah.

AMANAH Batu Sapi akan terus mendesak pihak berwajib agar menyelesaikan masalah jalanraya tersebut. Edaran petisyen seterusnya akan dijalankan di sekitar Batu 7, sekaligus menuntut pihak berwajib membina jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *