PPBM beri Pas sebulan untuk buat keputusan untuk sertai Pakatan Harapan

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan dari hari tarikh 11 Februari lalu kepada pemimpin Pas untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Pas susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas, keputusan segera harus diperoleh bagi menentukan strategi seterusnya.

“Kalau Pas tak nak masuk (Pakatan Harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *