Tuduh terima RM90 juta, Pas akan saman Husam seperti tindakan terhadap Sarawak Report

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Husam Musa yang menuduh parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Menerusi kenyataan pada dinding Facebook miliknya, Tuan Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat dididakwa oleh Penasihat AMANAH Kelantan itu.

“Fitnah jahat ini adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

“Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report,” katanya.

Husam menerusi satu klip video ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial mendakwa Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.

Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui sebuah bank tempatan, Affin Bank.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah pihak guaman parti itu juga diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat dibuat Husam itu sebelum mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *