Pakatan Harapan, PPBM bersedia ambil alih Kedah daripada BN tegas Dr Ismail Salleh

ALOR SETAR: Kegagalan urustadbir negara telah sampai ke puncak dan sempurna, tiada pilihan lain selain daripada mengubah Kerajaan BN yang sedia ada melalui peti undi dalam PRU14 yang akan datang, tegas Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Pengerusi AMANAH Kedah, Dr. Ismail Salleh

Berdasarkan sambutan program Chinese New Year yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Kedah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah yang berlangsung di Alor Setar awal bulan ini, sambutan rakyat sangat luar luarbiasa, katanya dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.

“Ia dihadiri lebih dari 3,000 orang pengunjung yang majoritinya adalah orang Cina walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai,” tegas beliau.

Sudah tiba masanya, tegas Dr Ismail, Pakatan Harapan dan PPBM mengambil alih Kedah dalam PRU14 ini bagi menyelamatkan rakyat yang kian derita tanpa jalan keluar.

Antara pimpinan yang hadir memanaskan pentas pidato pada program tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden Parti AMANAH, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew; Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsia Leung.

Dr Ismail berkata, rata-rata mereka memperkatakan tentang kegagalan urustadbir negara oleh UmnoBN yang mengakibatkan mengecilnya ekonomi negara, meningkatnya hutang, penurunan nilai matawang yang ketara, kenaikan harga barangan dan ini mengakibatkan bertambahnya bebanan sara hidup rakyat yang sudah sedia terbeban.

Katanya lagi, melihat kepada sambutan hangat itu dan respons daripada majoriti rakyat negara ini sehingga kini, peluang untuk Pakatan Harapan dan PPBM untuk menawan Kedah dan Putrajaya adalah cerah.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *