AMANAH Pahang ucap takziah, ziarah keluarga kanak-kanak lemas lombong bauksit

KUANTAN: Pengarah Komunikasi AMANAH Pahang, Zulkifli Mohamed bersama dua lagi Ahli Jawatankuasa AMANAH Indera Mahkota mengucapkan takziah dan menziarahi keluarga mangsa yang meninggal akibat lemas di kawasan bekas lombong bauksit.

Zulkifli bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ibu mangsa.

Dalam kejadian 6 Februari, 5.45 petang itu, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zulhairi, 12 dan adiknya Mahathir Mohamad, 7 serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita lemas di kawasan bekas lombong bauksit di taman perumahan berkenaan.

“AMANAH Negeri Pahang amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini dan berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perkara sama berulang,” ujar beliau yang juga Naib Ketua AMANAH Kawasan Indera Mahkota.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada keluarga terbabit. Turut bersama beliau menziarahi keluarga mangsa ialah beberapa AJK AMANAH kawasan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *