Pimpinan utama AMANAH menyambut ketibaan Dr Jasser Audah dalam NUNJI 2017

DISAMBUT GIRANG… Para pimpinan AMANAH Nasional yang diketuai Timbalan Penasihat Umum parti, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin menyambut ketibaan Dr Jasser Audah ke Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 di Auditorium Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam, 5 Februari yang dihadiri 1,007 peserta terdiri daripada ahli AMANAH, pemimpin politik dan pelajar universiti. Program sehari ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Awang selaku Penasihat Umum AMANAH. Dr Jasser Audah dijemput khas dari Kanada, seorang tokoh pemikir Maqasid Syariah, turut membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Negara Madani dan Referensi Dalam Prinsip Islam dan Maqasid Syariah”.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *