Model ‘Fiqh Siasi Manhaj Malaysia’ jadi rujukan, tidak lagi ceduk secara totok referansi negara Arab

SHAH ALAM: Sudah tiba masanya model Fiqh Siasi Manhaj Malaysia dijadikan rujukan dan tidak lagi mengambil secara totok referansi negara Arab untuk memperjuangkan politik Islam di tanah air sendiri, tegas Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Beliau menegaskan perkara ini sewaktu membentangkan kertas kerja utamanya bertajuk “Kerangka Awal Fiqh Siasi Manhaj Malaysia” di hadapan lebih 1,000 peserta Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) di anjuran AMANAH Nasional di Auditorium Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam, 5 Februari.

“Bukan mudah untuk buat rumusan mengenai kenegaraan, demokrasi, pembangunan, dasar kerajaan bersendikan kepada maqasid dan prinsip syariah ini,” ujarnya.

Menurut beliau, Maqasid Syariah adalah proses pemikiran dan terjemahan dalam realiti politik semasa hari ini dan apa yang diterjemahkan di Malaysia daripada pemikiran maqasid mungkin tidak sama dengan apa yang diterjemahkan di negara lain,

Katanya, NUNJI telah dialncarkan pada 2015 sebagai platform untuk membekalkan kefahaman Islam dan kenegaraan bersandarkan kepada Maqasid Syariah atau obejktif besar Syariah.

Melalui NUNJI ini, ujar beliau lagi, pelbagai idea-idea baharu tentang peranan Islam dalam kerangka kepelbagaian dan mencadangkan kepada orang ramai bagaimana kedailan, kebebasan dan kesaksamaan dapat diterjemahkan dalam konteks politik Malaysia.

Beliau berkata, dalam resolusi NUNJI 2015 telah memperkenalkan satu istilah yang mula didengari di Malaysia khususnya ahl-ahli AMANAH iaitu “Fiqh Siasi Manhaj Malaysia”.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut berkata, cita-cita besar NUNJI adalah memformulasikan fiqh siasah manhaj Malaysia untuk menjadi sebagai rujukan besar kepada keperluan setiap negara dalam menentukan kefahaman kepada cita-cita mencapai politik Islam.

Menurut beliau, model asas fiqh tempatan berformulasi fiqh siasah mahhaj Malaysia ini diharapkan dapat mencetuskan rujukan besar kepada keperluan setiap negara yang mempunyai ciri-ciri sendiri dalam menentukan kefahamannya kepada cita-cita politik Islam.

NUNJI ’17 yang bertemakan “Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa” merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran kali pertama pada 2015 dengan menampilkan beberapa pembentang kertas kerja dalam persidangan sehari ini.

Pada majlis ini, Ustaz Ahmad diberi penghargaan melancarkan sebuah buku dan tiga risalah sebagai rujukan masyarakat Islam berkaitan Maqasid Syariah bermodelkan Malaysia, sambil diiringi Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Pengarah NUNJI ’17, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Buku berjudul “Islam dan Kenegaraan-Satu Pembaharuan Dalam Konteks Fiqh Malaysia” dan tiga buah risalah masing-masing bertajuk “Islam dan Demokrasi”, “Fiqh Muwothonah” dan “Pelaksanaan Hudud” yang diterbitkan oleh Panel Penyelidik NUNJI ini, dijual dengan harga RM50 satu set.

Majlis yang tamat kira-kira jam 5.00 petang itu diakhiri dengan ucapan dan perasmian penutup oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Sebelum itu, Dialog Kepimpinan diadakan bagi mengupas tajuk “Mempersada Pemikiran Maqasid Syariah Dalam Perjuangan AMANAH” menampilkan tiga ahli panel terdiri daripada Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; Pengarah Strategik AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad dan Exco Pemuda AMANAH, Nik Razak Bik Redhuan.

Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa bertajuk “Kerangka Awal Fiqh Siasi Manhaj Malaysia”, diikuti Ustaz Wanji Wan Husin mengupas tajuk “Memahami Disiplin Maqasid” dan Datuk Prof Dr Siddiq Fadzil yang membincangkan tajuk “Siasah Syariyyah Dalam Pembentukan Negara Bangsa”.

Tetamu khas yang dijemput dari Kanada, tokoh pemikir Maqasid Syariah, Dr Jasser Auda pula turut membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Negara Madani dan Referensi Dalam Prinsip Islam dan Maqasid Syariah”.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *