NUNJI 2017 akan diadakan di Kompleks Belia Selangor dirasmi oleh Ustaz Ahmad Awang

SHAHA ALAM – 5 FEBRUARI 2017: NUNJI 2017 yang akan diadakan pada 5hb Feb 2017 menyambung komitmen untuk memperkasa ahli AMANAH khasnya dan masyarakat amnya untuk mendokong kebangkitan dan memacu perjuangan politik Islam dalam kerangka negara bangsa. Ia menjadi penting bila memberi tumpuan kepada Maqasid Syariah. Disiplin ilmu ini yang berkait rapat dengan al-Quran dan Sunnah mempunyai kekuatan yang releven dalam usaha menjayakan politik Islam dalam kerangka negara bangsa.

NUNJI 2017 amat terpanggil membawa tema Maqasid Syariah Teras Negara Bangsa untuk merungkai kemelut dan kebobrokan politik dan tadbir urus negara yang sedang berlaku. Ia akan diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 bermula jam 8.00 pagi.

NUNJI 2017 memanggil semua ahli untuk segera mendaftar. Sasaran Amanah WP untuk nendaftar sekuran2nya 250 peserta. Kita harap dgn bilangan ini gerakan Politik Islam di WP diharapkan akan lebih bertenaga dan berdaya maju. Selamat mendaftar dan bawalah masyarakat untuk turut serta.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *