AMANAH bimbang perairan Johor terdedah kepada pencerobohan – Dzulkefly Ahmad

Terbaru laporan berkenaan sebuah kapal pemancing yang berjaya ditahan oleh Maritim Malaysia (APMM) dekat perairan Penggerang. Ia adalah suatu kejadian yang menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kawalan laut Malaysia.

Saya ingin merakam ucapan ‘tahniah’ kepada APMM yang berjaya mematahkan tindakan pencerobohan kapal dari China tersebut di perairan kita.

Dalam rekod yang dimaklumkan oleh akhbar Sinar Harian, tahun lepas sahaja sebanyak 32 kes pencerobohan yang telah ditangani oleh APMM Tanjung Sedili. Ini mendatangkan kebimbangan rakyat mengenai keselamatan laut Malaysia khususnya di perairan Johor yang mudah dicerobohi oleh pihak luar.

Selain isu keselamatan, isu yang berbangkit adalah berkenaan nasib nelayan yang terpaksa bersaing dengan kapal haram yang berukuran besar berbanding dengan bot nelayan dan ini akan mengurangkan hasil tangkapan ikan nelayan kita di bahagian laut timur Johor.

Demi keselamatan dan kesejahteraan negara, kerajaan perlu tegas menjaga perairan negara daripada diceroboh pihak asing.

>> Kenyataan media Timbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad I 5 Februari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *