Pertemuan PPBM-Pas, sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali

KUALA LUMPUR: AMANAH berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melaporkan segera kepada Pakatan Harapan keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan Pas semalam. Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir, parti itu mengambil maklum laporan media pertemuan antara PPBM dengan Pas itu.

“AMANAH secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman ditandatangani antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum ini yang sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.

“Sehubungan itu, AMANAH mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan berhubung keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan Pas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat bagi “menentukan” kerjasama antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka dan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman” untuk dipertimbangkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *