Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal

Bolehkah Pas pertahankan Kerajaan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang atau ia sedia untuk jatuh ke tangan Umno atau kerajaan baharu akan dibentuk oleh Pakatan Harapan dan Bersatu?

Inilah persoalan yang selalu ditanya oleh pelbagai pihak dan juga dihurai secara kritis oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam satu tulisannya.

Bagi Ahli Parlimen Kluang yang pernah membuat tesis tentang Pas dari tahun 2002 – 2004 itu, Pas boleh kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang melalui beberapa senario.

“Dengan andaian bahawa AMANAH boleh memberikan cabaran yang kental kepada Pas di 10 dari 33 kerusi Dun yang dimenanginya sekarang manakala Bersatu pula boleh berbuat demikian di lima dari 12 kerusi yang dimenangi Umno, Pas dan dan Umno tidak akan mampu untuk bertanding antara satu sama lain di Kelantan.

“Juga jika diandaikan AMANAH, Bersatu dan PKR tidak bertanding antara satu sama lain dan bergabung – melawan Pas atau Umno atau kedua-duanya dalam pertandingan tiga penjuru – pihak yang paling teruk kalah bukannya Pakatan Harapan dan Bersatu.

“Jika Pas dan Umno tidak boleh mencapai kata sepakat untuk membentuk gabungan pilihan raya dan membuat keputusan bertanding antara satu sama lain – manakala Pakatan dan Bersatu membentuk kesatuan dan meletakkan hanya satu calon di setiap kerusi – tidak ada sesiapa pun boleh pasti hasilnya terutama di kerusi yang marginal.

“Jika Pas dan Umno hilang 10 peratus undi mereka – kerana kaitan mereka dengan Najib – dan mereka bertembung dalam pertandingan tiga penjuru, Pas akan kehilangan Kelantan manakala Umno boleh mengucapkan selamat tinggal kepada impiannya untuk mengambil alih negeri itu,” kata Chin Tong.

>> Laporan wartawan Borhan Ahmad untuk Malaysia Dateline I 1 Januari 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *