Skuad Peduli Banjir AMANAH Rompin santuni 11 keluarga di pusat pemindahan

KUALA ROMPIN: Timbalan Ketua AMANAH Parlimen Rompin, Mohd Fadzli Ramly pada Rabu lalu telah membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Orang Ramai Kg Leban Chondong, dekat sini bagi menyantuni dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Beliau bersama Skuad Peduli Banjir AMANAH Rompin telah disambut baik dan diberi taklimat oleh ketua kampung berkenaan dan petugas-petugas di pusat pemindahan banjir tersebut.

Sebanyak 11 buah keluarga Kg Leban Chondong dan Kg Bangkung yang dilanda banjir telah ditempatkan di dewan ini.

Selain menyantuni mangsa-mangsa banjir, AMANAH Rompin juga telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan segera kepada setiap keluarga mangsa banjir berkenaan.

Mohd Fadzli berkata, AMANAH Rompin telahpun menubuhkan Skuad Peduli Banjir Rompin bertujuan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan menghulurkna bantuan berkaitan kepada mangsa-mangsa banjir.

Setakat ini sambutan dan kerjasama daripada ahli-ahli masyarakat terhadap pasukan ini sangat memuaskan, ujar beliau kepada Amanahdaily.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *