Timbalan Presiden AMANAH segera santuni mangsa banjir di Batu Enam Segamat

PEDULI MANGSA BANJIR… Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub bersama Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Aminolhuda Hassan turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Batu Enam Segamat dan memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Dijangka keadaan akan lebih serius ekoran hujan lebat yang berterusan. Terdapat ratusan kenderaan tidak dapat bergerak dan mengakibatkan laluan Labis ke Segamat terputus hubungan. Seramai 3,226 mangsa melibatkan 865 keluarga masih berada di 45 buah pusat pemindahan sementara di Johor sehingga semalam dan hujan yang berterusan sejak awal pagi mengakibatkan laluan Labis ke Segamat terputus hubungan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *